orang sedang mengintip
Chibi Akatsuki

Rabu, 2 November 2011

7 Keajaiban Dunia



                                                              1-  Tembok Besar China 



Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.


2-Taj Mahal, India


Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.


3- Christ Redeemer, Brazil


Redeemer yang setinggi 38 meter(105kaki) di puncak pergunungan Cordova yang berketinggian 710 meter dan menghadap ke kota Rio De Janeiro.


4-  Petra, Jordan


Kota ini berada di gurun pasir Jordan, di bangunkan pada masa raja Aretas IV. Kota ini terkenal kerana strukturnya yang terbentuk dari lembah batu yang di pahat. Awalnya kota ini di bangun untuk persembahan bagi Obodas I dan berkembang menjadi tempat perdagangan. Di tempat ini juga terdapat teater terbuka yang dapat menampung 4.000 orang.


5-  Colosseum, Itali


Colesseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.


6-  Machu Picchu, Peru


Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat duniaantarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahliarkeologi dari Universiti Yaleyang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahanpelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.


7- Chichen Itza, Mexico


Merupakan peninggalan arkeologi suku kaum maya di Mexico yang terkenal dan masih berdiri teguh hingga kini. Juga merupakan pusat ekonomi politik pada tamadun maya.  **Dari senarai lama, cuma dua je kekal.tembok besar China dan Taj Mahal di India. Piramid di Mesir dah tak jadi tujuh keajaiban dunia, kenapa yer.... Stonehedge pun dah tak jadi.... Taman Tergantung Babylon pun dah diturunkan pangkat.... Ermm.....agak-agak la kan...boleh tak kita calonkan khazanah kita sebagai tujuh keajaiban dunia? Sebab banyak lagi yang tersembunyi dalam hutan dan dasar laut kita... :)







0 comments: